BTS, Lady Gaga Mendominasi Anugerah Musik MTV Eropah

Kumpulan pop Korea Selatan, BTS telah memenangi empat anugerah utama termasuk lagu terbaik, Dynamite dan kumpulan terbaik di MTV Europe Music Awards pada Ahad malam. BTS juga telah memenangi anugerah peminat terbaik dan virtualiti maya (live virtual) terbaik untuk Bang Bang Con.

Sumber: indianexpress

Sementara itu Lady Gaga pula telah menyandang gelaran artis terbaik. Gaga, yang merupakan calon dengan pencalonan terbanyak telah mengalahkan Harry Styles, Justin Bieber, Dua Lipa, Miley Cyrus dan The Weeknd untuk anugerah tersebut. Namun begitu, gaga kalah dalam pencalonan video terbaik kerana telah dirangkul DJ Khaled dengan lagu Popstar.

Sumber: pinimg

Cardi B pula telah memperoleh anugerah hip hop terbaik sementara anugerah rock terbaik telah dimenangi oleh Coldplay. Haley Williams juga berjaya meraih sebagai alternatif terbaik dan Little Mix dinobatkan sebagai pop terbaik. Anugerah lain seperti penghargaan Latin terbaik telah diberikan kepada Karol G, yang juga memenangi kolaborasi terbaik ,Tusa bersama Nicki Minaj.

David Guetta, yang hadir membuat persembahan di Budapest turut dianugerahkan sebagai elektronik terbaik. Penyanyi dan penulis lagu YUNGBLUD turut memenangi anugerah dorongan terbaik manakala Doja Cat membawa pulang penghargaan artis baru terbaik.

Acara tahun ketiga pada kali ini, MTV EMA telah memberikan penghargaan perubahan generasi kepada lima orang wanita yang memperjuangkan keadilan kaum dan sosial di seluruh dunia iaitu kepada Kiki Mordi, Temi Mwale, Catherhea Potjanaporn, Luiza Brasil dan Raquel Willis.

Sumber: chron.com

Acara yang dibuat bagi menghargai dan memberikan penghormatan kepada muzik global terbaik itu telah ditayangkan pada hari Ahad dengan persembahan dari Alicia Keys, Sam Smith, Doja Cat, DaBaby dan Little Mix sebagai hos.

Untuk membaca artikel berkaitan, klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca