BTS Berjaya Pecahkan Rekod Justin Bieber Dalam Carta Billboard Social 50

Kumpulan ikonik K-Pop, BTS berjaya memecahkan rekod yang dipegang oleh penyanyi terkenal Hollywood, Justin Bieber apabila menjadi artis bertahan paling lama di kedudukan nombor satu dalam carta Billboard Social 50.

Menurut laporan Billboard, BTS memecah rekod apabila berjaya berada dalam carta muzik itu selama 164 minggu berbanding penyanyi yang baru sahaja tampil dengan lagu baharu berjudul Yummy yang cuma bertahan selama 163 minggu sebelum ini.

“Rekod Billboard Social 50 telah dipecahkan oleh kumpulan BTS apabila lagu mereka bertahan selama 164 minggu berbanding Justin Bieber hanya 163 minggu sahaja,” kata laman tersebut.

Difahamkan, data tersebut diperoleh menerusi analisis muzik Next Big Sound dan maklumat dari laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram serta YouTube dan Wikipedia. Pengumpulan data itu berakhir pada 30 Januari lalu.

Kumpulan yang menjadi fenomena itu mula tersenarai dalam carta Billboard Social 50 sejak Oktober 2016 dan berada di kedudukan teratas setiap minggu sejak 29 Julai 2017. Percaya atau tidak, mereka menjadi artis pertama bertahan di kedudukan 100 teratas selama 150 minggu sejak sembilan tahun lalu.

Untuk rekod, BTS atau Bangtan Boys yang dianggotai tujuh jejaka kacak itu menerajui gelombang muzik pop Korea masa kini dengan tiga album nombor satu di carta Billboard dalam masa kurang dari satu tahun. Malah, mereka turut dicalonkan dalam Anugerah Grammy 2019.

Untuk baca artikel lain mengenai BTS, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca