Britney Spears Akhirnya Buka Mulut Tentang Kesan ‘Conservatorship’ Terhadap Dirinya

Britney Spears menggelarkan conservatorship yang menyaksikan bapanya iaitu Jamie menyusun kehidupan bintang terkenal itu sejak tahun 2008 sebagai satu penderaan.

Britney akhirnya bersuara dalam satu sesi prosiding mahkamah baru-baru ini tentang kesan conservatorship selama 13 tahun itu terhadap dirinya, “Saya hanya mahu kehidupan saya kembali. Saya telah menipu dan memberitahu seluruh dunia yang saya gembira dan tidak apa-apa.

Semuanya adalah penipuan semata-mata. Sejujurnya, saya trauma dan tidak gembira. Saya tidak boleh tidur. Saya sungguh marah dan tertekan serta menangis setiap hari.”

Britney dan Jamie Spears. Sumber: BBC

Dalam sesi prosiding yang sama, Britney menjelaskan kepada Hakim Mahkamah Tinggi Los Angeles iaitu Brenda Penny bahawa beliau benar-benar percaya conservatorship ini sebagai satu penderaan dan mahukan ia berakhir.

Menurut Britney lagi, “Saya tidak sepatutnya berada dalam conservatorship sekiranya mampu bekerja dan mencari wang untuk menyara kehidupan sendiri serta membayar orang lain. Undang-undang patut berubah.

Britney dan teman lelakinya, Sam Asghari. Sumber: Instagram @britneyspears

Apa yang saya mahukan adalah memiliki akses kepada wang yang dikumpul atas hasil titik peluh sendiri dan teman lelaki saya memandu dan membawa saya dalam kereta beliau.”

Memetik laporan Variety, Britney turut berkata bahawa beliau mahu peguamnya sendiri, kurangkan sesi temu janji terapi dan mahukan kebebasan untuk mendirikan rumah tangga dan mempunyai cahaya mata.

Sumber: Instagram @britneyspears

“Saya mahu berkahwin dan mempunyai anak lagi. Saya mempunyai alat pencegah kehamilan di dalam badan ketika ini. Saya mahu mengeluarkan alat kehamilan itu dari dalam badan supaya boleh mempunyai zuriat sekali lagi.

Bapa dan semua yang terlibat dalam conservatorship ini tidak membenarkan saya bertemu doktor untuk membuang alat itu kerana mereka tidak mahu saya mempunyai cahaya mata lagi. Secara ringkasnya, conservatorship ini memberi saya lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Saya berhak mempunyai kehidupan sendiri. Saya berasa dibuli, ketinggalan dan bersendirian,” jelas Britney.

Sementara itu, Britney menegaskan bahawa bapa beliau dan semua orang yang terlibat dalam conservatorship serta pihak pengurusan yang memainkan peranan penting dalam menjalankan hukuman ini perlu dipenjarakan.

Sumber: Instagram @britneyspears

Buat anda yang masih keliru, Britney diletakkan di bawah conservatorship yang menyaksikan bapanya, Jamie Spears mempunyai hak sepenuhnya untuk menyusun kehidupan penyanyi itu. Sebagai seorang conservator, Jamie mempunyai akses terhadap jadual dan sumber kewangan anak perempuannya.

Sepanjang berada di bawah conservatorship yang dikawal oleh bapanya, penyanyi Everytime itu tidak dibenarkan memiliki akses kepada kewangan sendiri walaupun memperoleh jutaan dolar menerusi jualan album dan konsert.

Penyanyi berusia 40 tahun itu juga perlu meminta kebenaran bapanya untuk membuat keputusan paling asas seperti mengecat kabinet dapur rumah. Semoga Britney berjaya memperoleh semula kebebasan yang selama ini dikawal oleh bapanya.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca