Brendan Fraser Bersedia Untuk The Mummy 4 Bersama Michelle Yeoh

Baru-baru ini Brendan Fraser mengatakan bahawa dia bersedia untuk kembali kepada siri filem The Mummy bersama seorang lagi pelakon kenalannya, Michelle Yeoh.

Sumber: MovieWeb

Siri kesayangan ramai tersebut bermula pada tahun 1999 dan dibintangi oleh Fraser selama tiga ansuran. Michelle Yeoh pula muncul pada tahun 2008- dalam filem ketiga di mana dia berlakon sebagai seorang ahli sihir abadi.

Memandangkan kejayaan besar Fraser selepas pencalonan Oscarnya untuk filem The Whale, ia tidak mengejutkan bahawa sekarang ada permintaan dan panggilan kuat untuk adakan sekuel kepada filem aksi tersebut yang sudah lama tertunda.

Bagi pihak Fraser, dia pun kelihatan sudah bersetuju untuk membuat The Mummy 4. Semasa kemunculannya di The Awardist, Fraser menjawab soalan tentang kemungkinan dia dan salah satu rakannya yang juga seorang calon Oscar semasa: Michelle Yeoh untuk bergandingan semula untuk Mummy lain dan Fraser hanya menunjuk semangat kegembiraannya.

“Bunyi seronok sangat, terutamanya jika ada yang mempunyai konsep yang tepat dan sesuai untuk sambungkan. Saya sentiasa mencari kerja dan projek baru. Saya pikir saya belum pernah sepopuler dan belum pernah segaji seperti sekarang. Jadi sebarkan kabar.”

Sukar untuk mengatakan apa premis yang tepat untuk The Mummy 4, selain memastikan ia tidak seperti filem The Mummy yang dibintangi Tom Cruise pada tahun 2017.

Sumber: The Forbes

Jika krew berjaya dapatkan Michelle Yeoh untuk kembali, semestinya filem tersebut akan mendapat sambutan besar walaupun sebuah penjelasan perlu ada oleh kerana wataknya sebenarnya mati di The Mummy 3.

Namun, buat masa sekarang yang dapat dipastikan adalah sambutan meriah jika sekual The Mummy menjadi.

Baru baru ini, Michelle Yeoh dan Brendan Fraser dua-dua memenangi anugerah SAG bagi pelakon terbaik kategori perempuan dan pelakon terbaik kategori lelaki.

Sumber: ET Canada

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca