Break dance, sejenis tarian yang dikaitkan dengan muzik hip-hop dicadangkan menjadi sebahagian dari acara Sukan Olimpik 2024 yang akan berlangsung di Paris, Perancis.

Tiga acara lain yang dicadangkan dalam Sukan Olimpik pada tahun itu adalah rock climbing, skateboarding dan surfing.

Dalam mesyuarat IOC yang membincangkan acara baru untuk pertandingan Olimpik, mereka berpendapat acara tersebut diharapkan dapat menarik perhatian golongan muda terhadap Sukan Olimpik.

“Ia penting untuk memastikan acara sukan ini dapat menghidupkan kawasan tengah bandar,” kata Tony Estanguet, presiden pengelola Paris 2024.

Break dance merupakan seni tarian yang popular dalam kalangan remaja terutamanya remaja Afrika Amerika sekitar 1970an semasa muzik hip-hop mula tercetus di California.

Tarian ini semakin popular pada sekitar tahun 1980an dan 1990an apabila muzik hiphop semakin popular di dunia.

Pertandingan breakdance kini semakin popular dalam kalangan remaja, menyebabkan badan pengelola sukan Olimpik melihat ini berpotensi sebagai salah satu acara Olimpik, tatkala acara sukan ini dikatakan semakin sukar menarik perhatian golongan muda.

Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda