KONGSIKAN

Plastik sampah seberat 5.9 kilogram (kg) ditemui dalam perut seekor ikan paus yang terdampar di perairan Wakatobi, Sulawesi Tenggara.

Melalui hasil bedah siasat, mereka menemui plastik sampah, botol plastik, tali rafia, botol minyak wangi, jaring, cawan plastik dan selipar  di dalam perut mamalia sepanjang 9.6 meter itu.

Aktivis dari Yayasan Lestari Alam Wakatobi, Saleh Hanan berkata, kebanyakan paus mati berpunca daripada plastik.Ia bukan perkara asing malah terlalu banyak kes hingga seolah-olah mamalia kini berdepan kepupusan.

“Sampah plastik tidak boleh terurai di perut paus dan boleh mengakibatkan keracunan hingga pencernaan terganggu. Akhirnya ikan paus mati,” katanya.

Berdasarkan pengalamannya, Saleh memberitahu, pengumpulan sampah yang banyak dalam perut mamalia itu mengakibatkan nafsu makan berkurang sehingga mengalami malnutrisi dan mati.

 

Sumber: Kompas