Botak Sebelum Lanjut Usia? Ini 5 Tips Untuk Rawat Rambut Gugur

Berdasarkan kajian, keguguran rambut tergolong kepada dua kategori iaitu normal dan tidak normal. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan keguguran rambut, antaranya pengaruh hormon, kekurangan vitamin, penggunaan produk rambut yang mengandungi bahan kimia dan banyak lagi.

Malah, bagi mereka yang mengalami masalah keguguran rambut ini juga akan kerap mengalami gangguan emosi yang membimbangkan sehingga menyebabkan seseorang melaburkan sejumlah wang untuk mencari rawatan sesuai bagi mengatasi masalah tersebut.

Berikut penulis kongsikan 5 cara untuk rawat rambut anda daripada gugur:

1. Minyak kelapa

Minyak kelapa ini membekalkan nutrisi kepada akar rambut sehingga mampu membuatkan rambut tampak berkilat dan segar. Bukan itu sahaja, minyak kelapa ini juga merupakan terapi semula jadi yang dapat mencegah rambut rosak.

2. Minyak Zaitun

Minyak zaitun mempunyai banyak manfaat antaranya merawat rambut secara. Selain itu, penggunaan minyak ini juga berupaya mengurangkan kerosakan rambut akibat produk perapi atau pewarna rambut yang mengandungi bahan kimia.

3. Avokado

Avokado merupakan sejenis buah yang mempunyai khasiat besar dalam membaiki kerosakan rambut. Ia bukan sahaja mampu mengembalikan kilauan, malah berfungsi untuk memperkuat dan memperbaiki tekstur helaian rambut. Selain itu, avokado juga boleh mengubah rambut kusam menjadi lebih segar, beralun.

4. Produk penjagaan rambut

Anda dinasihatkan agar tidak terlalu sering menggunakan produk penjagaan rambut. Penggunaan produk ini secara berlebihan boleh menyebabkan rambut kelihatan tidak sihat. Oleh itu, minimakanlah penggunaan produk-produk ini.

5. Hadkan kekerapan cuci rambut

Elakkan daripada kerap mencuci rambut dalam masa seminggu. Sebaiknya, anda digalakkan untuk mencuci rambut dalam dua atau tiga kali seminggu. Hal ini penting bagi memastikan rambut tidak kering sehingga kehilangan minyak yang penting dalam kulit kepala.

Kesimpulannya, terdapat beberapa cara atau inisiatif yang boleh digunakan oleh pembaca sekalian bagi merawat masalah keguguran rambut. Bagaimanapun, sekiranya masih tidak memberi kesan, anda digalakkan untuk mendapatkan nasihat doktor.

Penulis

  • Nur Adilah Binti Mohd Salleh adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jalinan Industri, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

Untuk membaca artikel yang berkaitan dengan topik penjagaan rambut, sila klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca