BookXcess Buka Kedai Berkonsepkan Terowong Buku Pertama Di Malaysia

Salah satu impian mereka yang bergelar ulat buku pastinya untuk berkunjung ke Coex Starfield Library yang bertempat di Seoul, Korea kerana keunikan perpustakaan itu sendiri. Namun begitu, tidak semua yang berpeluang pergi ke sana kerana setiap individu ada kekangan masing-masing terutamanya daripada segi kewangan.

Kini, anda tidak perlu lagi terbang ke Korea untuk berkunjung ke Coex Starfield Library kerana anda boleh rasai pengalaman yang sama di tanah air sendiri. BookXcess telah tampil dengan kedai buku pertama di Malaysia yang berkonsepkan terowong buku di mana ia bertempat di Sunsuria Forum, Setia Alam.

Terdapat pelbagai koleksi buku untuk semua peringkat umur di sini. Menariknya, terowong buku yang terletak di bahagian pintu masuk kedai tersebut juga menjadikan ia lain daripada yang lain.

Selain itu, terdapat juga ruangan membaca di kedai yang berkeluasan 16,000 kaki persegi ini yang membolehkan para pengunjung berehat sambil membaca buku.

Menariknya, kedai ini menawarkan buku dengan harga yang jauh lebih rendah berbanding harga runcit yang disyorkan iaitu dengan diskaun bermula daripada 50% hingga 80%.

Kedai ini mula dibuka seawal jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari. Untuk maklumat lanjut, anda boleh lawati laman media sosial mereka di sini.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca