Bomba Terima Panggilan Kecemasan Ada Kelibat Ular Di Dalam Rumah, Rupa-Rupanya Ekor ‘Cik Siti’

Suasana panik penghuni sebuah kediaman yang bertempat di Taman Puchong Utama, Puchong yang menyangka ada haiwan bernama ular menyorok di dalam stor rumah mereka berakhir dengan penemuan bangkai ‘Cik Siti’.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Puchong iaitu Mohd Hisam Mat Yasih, pihaknya menerima panggilan yang memaklumkan terdapat ular di dalam stor di sebuah kediaman kira-kira jam 10.34 pagi Sabtu. Dua orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Puchong kemudiannya bergegas ke lokasi tersebut.

“Penghuni memaklumkan ternampak objek seperti ular dari celah pintu stor rumah dihuninya,” kata Mohd Hisam.

Namun begitu, setelah pemeriksaan dilakukan oleh anggota bomba, ular yang diperkatakan itu sebenarnya merupakan ekor tikus.

“Pemeriksaan dibuat anggota bomba di dalam stor terbabit mendapati objek disangka ular itu rupanya ekor tikus,” ujarnya.

Tambah Mohd Hisam, haiwan tersebut didapati telah mati sewaktu ditemui.

Perkongsian tentang insiden itu di media sosial ternyata berjaya mencuri perhatian warganet. Rata-rata terhibur dengan kisah lucu itu.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca