Bomba Ini Terima Panggilan Ada Ular Senduk, Rupanya Hanya Pengepit Langsir

“Sedia Menyelamat” merupakan slogan yang digunakan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Namun, perkara yang tidak dijangka berlaku pada 16 Februari yang lalu apabila seorang bomba yang berasal dari Kelantan menerima panggilan kecemasan mengenai ular senduk di dalam rumah.

Menurut perkongsian Pakdo Mat di laman Facebook, apa yang ditemui beliau benar-benar menghiburkan hati apabila ‘binatang’ yang disangka ular itu rupa-rupanya pengepit langsir.

Berdasarkan gambar yang dimuat naik oleh beliau, kelihatan pengepit langsir yang berwarna hitam tersebut berada di bawah langsir memberi bayangan yang ia seakan-akan seekor ular senduk.

Namun begitu, beliau masih menganggap ini merupakan tanggungjawab dan amanah yang harus dipikul apabila bergelar seorang bomba.

Rata-rata warganet kelihatan geli hati dengan insiden tersebut.

Jadi, selepas ini pastikan anda semua kenal pasti terlebih dahulu sama ada apa yang dijumpai itu binatang berbisa atau bukan. Kesian abang bomba kita nanti!

Untuk baca artikel lain berkenaan pengorbanan bomba kepada masyarakat, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca