Bom Tangan Di Tapak Binaan, Seramai 20 Orang Kena ‘Prank’

Bom Tangan Di Tapak Binaan, Seramai 20 Orang Kena 'Prank'
Sumber: VOCKET

Baru-baru ini, tular satu posting versi catatan di akaun Facebook milik Mohd Nurul Syuhada WC yang mendebarkan warganet serta anggota polis yang terlibat di tempat kejadian.

Kejadian yang dicatatkan berlaku pada pukul 12 tengah hari. Pihak subkon telah memberitahu bahawa terdapat bom tangan selepas mengorek longkang. Bukan itu sahaja, mereka juga cuba memegang sambil membelek sama ada ianya bom asal atau tidak.

Mohd Nurul berkata, dia telah menghubungi nombor talian 999 pada pukul 12:05 tengah hari kerana berasa tidak sedap hati dengan bom yang ditemui di sekitar tapak pembinaan. Sejurus pihak pengendali 999 berjaya dihubungi, mereka seperti dalam keadaan samar-samar dan tidak memahami perkara yang cuba disampaikan. Tanpa membuang masa, dia langsung menghubungi balai polis Pudu.

Taliannya bersambut dan pihak di balai polis Pudu menyuruhnya untuk menghubungi pula ke IPD Dang Wangi kerana tapak TRX (Tun Razak Exchange) merupakan berada di kawasan Dang Wangi. Selepas itu, dia cuba menghubungi pegawai yang bertanggungjawab pada hari tersebut dan meminta dia untuk datang ke tapak berkenaan dengan kadar segera kerana sebentar lagi akan tiba kereta pacuan empat roda.

Pada pukul 12:30 tengah hari, Unit Rondaan Bermotosikal (URB) tiba di tapak pembinaan. 2 URB menuju ke lokasi yang dikenalpasti tetapi menemui jalan buntu. Mohd Nurul bertanya sama ada kedatangan mereka untuk melihat bom tersebut. Namun, hanya laporan suruhan daripada pihak atasan sahaja untuk meninjau ke lokasi kejadian dan pasukan MPV juga akan datang sebentar lagi. Mereka memerhatikan kawasan bom dari jarak jauh dan meminta kepada semua pekerja supaya jangan masuk kerja dahulu.

Pasukan MPV tiba di lokasi pada pukul 1:06 petang dan mencari arah jalan Davis memerlukan masa. Tambahnya lagi, mereka memerlukan bantuan dengan menghubungi dengan kadar berulang bagi mendapatkan arah jalan yang betul. Kemudian, pasukan MPV memasang pita pelekat don’t cross yang berwarna kuning di sekitar kawasan bom tangan berkenaan. Dia bertanya semula kepada pasukan MPV jika ada lagi pihak yang terlibat dalam situasi berkenaan. Mereke memberitahu bahawa pihak atasan juga akan turut serta untuk meninjau kawasan ini.

Jam menunjukkan pukul 1:30 petang dan beberapa orang dalam pasukan istimewa ini datang serta melihat bom tangan tersebut dari jarak jauh kerana takut ia meletup secara tiba-tiba. Selang 10 minit, pasukan UPB turut turun padang. Kemudian, mereka melihat keadaan bom tangan itu lalu meletakkan pita pelekat di sekitar badan bom itu agar pin tidak terkeluar. Sejurus itu, mereka memasukkannya ke dalam sebuah beg khas lalu diletakkan dalam kereta.

Mohd Nurul bertanya lagi kepada pegawai jika kes seperti ini bagaimana cara untuk menyelesaikannya. Pihak UPB akan meletupkan bom tangan tersebut hari berkenaan juga tetapi mereka seperti menunggu arahan bos mereka yang ingin meninjau ke tempat kejadian.

Tepat pukul 2:00 petang, ketibaan dari pihak forensik di lokasi untuk memeriksa sama ada bom tangan masih berada di kawasan tapak binaan atau tidak. Ketua UPB dan juga beberapa anggota polis yang lain tiba di tapak pembinaan.

Jam menunjukkan 2:10 petang dan ketua UPB cuba memeriksa sekali gus mengesahkan sama ada ianya bom tangan atau sebaliknya. Hasil siasatan didapati bahawa, ia bukanlah bom tangan tetapi hanya sebuah power bank. Insiden yang membabitkan hampir 20 orang cuba menyiasat dalam tempoh 2 jam semata-mata seperti gurauan.

“Aku belek shopee memang brand daripada China. Sebijik pulak tu. Paling ralat terlepas solat Jumaat. Polis memang terbaik jalankan tugas walaupun bom itu ‘prank’ semua orang”, jelasnya lagi.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca