Bolot 6 Anugerah, Taylor Swift Menang Besar Di AMAs 2022

Swifties tumpang gembira dengan pencapaian idola mereka, Taylor Swift yang berjaya menang anugerah tertinggi di AMAs 2022.

Tahun yang bermakna buat American Music Awards (AMAs) mengadakan majlis penganugerahan mereka yang ke-50, siaran langsung di Microsoft Theatre, Los Angeles.

Dengan berbaju warna emas, Taylor Swift berpakaian setanding dengan kemenangannya tahun ini.

Album Taylor, Red (Taylor’s Version) telah memenangi dua anugerah iaitu Anugerah Album Kegemaran dalam kategori Pop dan Country.

Video muzik lagu All Too Well (Taylor’s Version) iaitu juga filem pendek yang dibuat oleh Taylor berjaya menang Anugerah Video Muzik Kegemaran.

Tambahan pula, Taylor juga menang Anugerah Artis Perempuan Kegemaran kategori Pop dan Country.

Diakhiri dengan Taylor menerima anugerah tertinggi dari AMAs iaitu Anugerah Artis pada Tahun ini (Artist of The Year).

Wanita yang disanjungi ramai itu berterima kasih atas sokongan peminat-peminatnya atau Swifties yang tidak putus menyokong kerjayanya.

“Saya dapati lebih banyak muzik yang saya lakukan, lebih banyak muzik yang saya keluarkan, saya menjadi lebih gembira,” kata penyanyi antarabangsa itu.

Taylor menerangkan yang Swifties adalah inspirasinya untuk berkarya dan mereka adalah punca kebahagiaannya.

“Saya mempunyai peminat untuk berterima kasih. Terutamanya, untuk kebahagiaan saya,” tambahnya.

Pemenang artis AMAs itu amat bersyukur dengan Swifties yang masih ada untuk karyanya sehingga ke hari ini.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca