Boleh Meredakan Gastrik, Ini Antara Khasiat Yang Terkandung Dalam Buah Tunjuk Langit

Dalam dunia yang serba moden ini, segala jenis penyakit pasti ada ubatnya. Pemodenan perubatan yang dikecapi kini tidak akan hadir tanpa adanya perubatan tradisional. Apa yang ditekankan adalah, selain ikhtiar daripada ubat-ubatan yang ada di hospital itu, kita boleh juga mencuba ubatan tradisional sebagai salah satu ikhtiar untuk perubatan.

Dapat kita lihat begitu banyak ubatan tradisional yang digunakan khususnya orang-orang terdahulu bagi mengubati penyakit. Salah satu contohnya adalah buah tunjuk langit.

Buah tunjuk langit atau dalam bahasa inggerisnya sky fruit merupakan sejenis herba yang berkhasiat. Nama saintifiknya pula adalah Switenia macrphylla serta dikenali juga sebagai buah mahagony sempena nama pokoknya itu. Ia merupakan pokok yang tumbuh meliar di dalam hutan dan habitatnya pula di kawasan hutan hujan tropika yang bersuhu kering dan lembap terutamanya di Amerika Selatan.

Pokok ini juga tumbuh di negara-negara seperti India, Honduras, Fiji dan juga Malaysia. Kayu pokok ini amat berkualiti tinggi dan banyak digunakan untuk dijadikan perabot dan juga kraf tangan. Buah tunjuk langit ini pula mempunyai pelbagai khasiat. Dalam buah ini terdapat kandungan tertinggi tiga komposit aktif utama iaitu Flavonoids, Saponins dan juga Bitter Alkoloid.

Buah ini juga mengandungi pelbagai nutrisi semula jadi yang dapat mengekalkan tahap kesihatan dan juga tenaga tubuh badan manusia. Nutrisi semula jadi yang dapat mengekalkan tahap kesihatan dan juga tenaga tubuh badan manusia. Nutrisi semula jadi tersebut adalah protein, mineral, pelbagai vitamin, karbohidrat dan banyak lagi.

Tiga bahan utama yang diperkatakan tadi iaitu Flavonoids, Saponins dan Bitter Alkaloids ini mempunyai kelebihan-kelebihan tertentu dan juga diperakui oleh para saintis dunia. Flavonoids merupakan bahan yang wujud dalam Gingko biloba dan juga tongkat ali.

Bahan tersebut mampu untuk menggalakkan pembukaan pembuluh darah yang mana sesuai untuk orang yang mempunyai penyakit darah tinggi. Bahan Saponins ini pula juga terdapat pada gingseng panat merupakan enzim yang mampu mengurangkan lemak dan kolestrol yang ada pada dinding salur darah dan juga melicinkan perjalanan darah ke seluruh tubuh badan.

Bitter Alkoloid pula merupakan bahan ketiga dan terakhir yang ada dalam buah ini. Ia memberikan rasa pahit kerana kandungannya yang tinggi. Bitter Alkoloid terdapat pada buah ini yang menyebabkan rasa yang pahit apabila anda menggigit bijinya.

Bahan ini dapat membantu mengukuhkan sistem imunisasi tubuh badan untuk menghalang organisma serta virus yang tidak baik menyerang diri kita. Ia juga mampu untuk menghilangkan sembelit semasa proses penghadaman, mengatasi gastrik, mengelakkan jerawat, mengelakkan penyakit asma dan juga nyanyuk.

Ternyata dalam kepahitan buah ini, ada juga manisnya. Apa yang manisnya adalah khaisat yang terdapat padanya. Ramai orang-orang dahulu yang mengesyorkan buah ini khususnya kepada yang mempunyai penyakit seperti jantung, darah tinggi, kencing manis dan juga banyak lagi. Banyak lagi khasiat yang kita boleh dapat daripada buah ini, namun apa yang memisahkannya hanyalah usaha. Bak kata pepatah melayu ‘hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih.’

Penulis:

  • Muhamad Aris Bin Aziz adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.

Untuk baca lebih banyak artikel berkenaan khasiat, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca