Kebanyakan wanita mesti pernah rasa kecewa dan sedih bila tak boleh join family or rakan-rakan untuk buat aktiviti air yang sangat menyeronokkan seperti mandi-manda di kolam atau di laut.
Tapi kita harus pendam perasaan dan terpaksa cancel semua niat itu sebab sebagai wanita kita akan melalui hari di mana bendera merah akan berkibar.
Anda pernah dengar tak darah haid akan berhenti bila kita masuk dalam air? Terdapat beberapa orang pernah mencuba masuk ke dalam air dan mereka mendapati darah haid seakan hilang sekejap. Namun, menurut seorang pakar OB-GYN dari Seattle, Amerika Syarikat iaitu Dr. Hasan Adbessamad, beliau menyatakan bahawa tiada langsung istilah darah haid ‘berhenti sekejap’ apabila seseorang itu masuk ke dalam kolam.
Beliau memberitahu sama ada kita berada di dalam air, di udara ataupun di angkasa sekalipun, haid tetap tidak akan berhenti kerana salutan dalam rahim akan terus bekerja untuk mengeluarkan darah kotor tersebut. Tetapi menurut The Acces Projet, mereka memberitahu tekanan daripada air dapat menghalang darah haid daripada keluar ketika anda berenang.
Mereka menyatakan apabila seseorang wanita berenang secara mendatar, graviti tidak akan mampu menarik anda ke bawah sekaligus menyebabkan darah haid tidak akan keluar. Namun, jika posisi badan anda kembali menegak atau berdiri, darah haid akan keluar seperti biasa.
Seterusnya, sewaktu anda berenang, pasti pembuluh darah di dalam Miss V akan terbuka. Oleh itu, anda juga akan berpotensi untuk terkena jangkitan bakteria yang terdapat di dalam kolam renang atau di laut.
Oleh itu, solusi untuk masalah ini adalah, anda boleh membuat persediaan diri dengan memakai tampon atau mestrual cup untuk mengelakkan darah haid terkena pakaian ketika berenang. Namun, anda harus pastikan peralatan tersebut perlu ditukar dahulu sebelum anda berenang dan perlu disalin 4 jam sekali untuk memastikan tahap kebersihannya agar anda tidak terkena penyakit.
Oleh itu, sekiranya anda ingin berenang ketika ketika ‘bendera merah’, pastikan anda ikuti langkah-langkah di atas ya!
Sumber: The Asian Parent