Boleh Ke Buat Dua Kerja Dalam Satu Masa?

Ramai dalam kalangan kita yang belajar di universiti dalam bidang kejuruteraan, doktor, arkitek dan banyak lagi tetapi suka dan minat dalam bidang penulisan. Ia bukanlah suatu perkara yang pelik. Kadangkala, minat dalam diri seseorang boleh mendatangkan hasil yang baik jika kita bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara itu.

Menurut Dr. Nur Aisyah Zainordin, kesempitan masa bukanlah satu halangan apatah lagi dia mempunyai aspirasi yang mahu digapai melalui penulisannya.

“Saya mahu jadi doktor tetapi saya juga suka menulis. Selepas berfikir, saya membuat keputusan menjadi doktor kerana seorang penulis tidak boleh menjadi doktor tetapi seorang doktor boleh menjadi penulis,” jelas beliau.

Daripada apa yang dikatakan oleh Dr. Nur Aisyah ini, jelaslah bahawa tiada halangan bagi seseorang untuk memiliki dua kerja dalam satu masa. Yang membezakan adalah sama ada kita mahu atau tidak mahu.

Berbicara mengenai bidang penulisan, ia bukanlah suatu bidang yang bosan. Hal ini demikian kerana jika tiada penulisan, maka tiada jugalah bahan-bahan bacaan yang boleh dijadikan sebagai sumber rujukan kepada kita semua.

Dalam bidang penulisan ini juga, ia bukan hanya tertumpu pada penulisan untuk dijadikan bahan ilmiah tetapi ia juga merupakan sesuatu yang fleksibel. Penulisan juga boleh bermula dengan menulis entri blog di internet, menulis cerpen, puisi, skrip dan pelbagai lagi yang berkaitan dengan bidang penulisan.

Sesebuah penulisan atau karya itu bukan hanya mereka yang bekerja sebagai penulis sahaja boleh lakukan tetapi jika dia seorang peguam dan mempunyai minat yang mendalam terhadap penulisan, maka boleh saja sambil menyelam minum air.

Penulis

  • Nur Ashima Muhammad adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca