Boleh Dihukum Penjara 3 Tahun, Ebit Lew Diminta Henti Beri Sumbangan

Ramai sudah kenal Ustaz Ebit Lew yang merupakan seorang pendakwah bebas dan ikon rakyat Malaysia.

Baru-baru ini, beliau difahamkan telah diminta untuk berhenti memberi sumbangan di pulau-pulau yang terletak di Semporna, Sabah.

Ebit turut diberitahu bahawa beliau boleh dikenakan denda sebanyak RM100,000 atau penjara selama tiga tahun jika beliau meneruskan misi bantuan.

“Saya minta maaf kepada penduduk di pulau-pulau di Semporna yang saya Islamkan. Saya tidak dapat lagi meneruskan misi bantuan. Saya tangguhkan niat bina sekolah.

Pagi ini saya dimaklumkan saya tidak dibenarkan untuk ke pulau-pulau di Semporna. Diminta berhentikan bantuan di sekitar sini. Saya diberitahu antara hukuman boleh dikenakan adalah didenda 100 ribu atau penjara 3 tahun,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook semalam.

Tambahnya lagi, beliau terpaksa menangguhkan pembinaan sekolah atau pusat kegunaan masyarakat setempat seperti yang dirancang olehnya.

Beliau turut membeli barang-barang untuk membina sekolah terbabit dan memohon maaf kepada guru-guru yang sudah bersemangat untuk mengajar di sana.

Pendakwah tersebut turut menyatakan bahawa beliau tidak berkecil hati dengan pihak yang meminta untuk berhenti memberi sumbangan kerana baginya, perjuangan harus diteruskan.

“Saya akan terus ke Tawau dan tunggu flight di Tawau. Sempurna sumbangan sedikit tempat di Tawau yang saya janji. Terima kasih semua.

Sehingga berjumpa lagi jika ditakdirkan Allah. Saya serahkan segala urusan kepada Allah. Cukuplah kepada Allah orang mukmin itu berserah,” katanya di akhir catatan di Facebook.

Terdahulu, Ebit Lew mendapat perhatian rakyat Malaysia di mana beliau sudah mengislamkan 157 orang daripada suku Bajau Laut di Sabah.

Menerusi perkongsian tersebut, beliau turut menjelaskan bahawa seluruh penduduk tersebut secara sukarela memeluk Islam.

Terdahulu, kami ada menulis artikel tentang seramai 157 penduduk Bajau Laut masuk Islam menerusi perkongsian Ustaz Ebit Lew, untuk baca artikel penuh, anda boleh klik pautan di bawah. Anda juga boleh baca artikel lain-lain di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca