Boleh Cecah RM3,460 Di eBay, iPhone 5 Kini Jadi Buruan Ramai

Siapa sangka iPhone 5 yang dilancarkan pada tahun 2012 kini kembali menjadi buruan peminat? Ia sekali gus membuatkan harga telefon pintar keluaran Apple itu melonjak melebihi harga jualan sejak ia mula dilancarkan pada lapan tahun lalu.

Memetik laporan The Vocket, iPhone 5 kini dijual dengan harga sekitar 329 dollar Amerika (RM1,423) sehingga 800 dollar (RM3,460) mengikut keadaan telefon pintar tersebut di platform beli-belah dalam talian, eBay.

iPhone 5 IOS 6_2
Sumber: The Vocket

Bagi yang masih keliru, harga telefon pintar ini melonjak tinggi kerana ia merupakan model terakhir yang menggunakan iOS 6 di mana ia mempunyai interface yang klasik berbanding dengan versi iOS yang sedia ada.

Tanpa disedari, ia membuatkan para peminat dan pengumpul iPhone sanggup berbelanja besar untuk mendapatkan telefon pintar rare ini.

Walaupun begitu, situasi ini nampaknya tidak berlaku kepada pengguna iPhone 5 yang sudah kemas kini iOS mereka kepada versi yang lebih tinggi.

Sekiranya anda ataupun kenalan mempunyai iPhone 5 yang menggunakan iOS 6, ini mungkin masa yang paling sesuai untuk menjual telefon pintar dengan harga yang lebih tinggi.

Pada pendapat anda, adakah harga yang ditawarkan di eBay itu berpatutan untuk iPhone 5?

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan iPhone, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca