Masih ingat lagi budak lelaki viral dari Kemboja dengan kebolehannya bercakap lebih dari 10 bahasa? Berkat kuasa media sosial, kini keluarganya dijemput oleh sebuah syarikat media ke Beijing, China.
Melalui video tersebut, seorang budak lelaki berusia 14 tahun bernama Thuck Salik menjadi viral selepas dia berkomunikasi dengan seorang pelancong dari Malaysia bagi menjual cenderamatanya. Apa yang menariknya, Thaksin mampu berkomunikasi dalam beberapa bahasa seperti bahasa Melayu, Mandarin, Thailand, Jerman dan Perancis.
Sebenarnya, Thuck Salik boleh bercakap lebih daripada 15 bahasa manakala adiknya yang berusia 11 tahun, Tol Tithyya boleh bercakap dalam 11 bahasa. Kedua-da mereka juga turut menyatakan bahawa dalam banyak-banyak bahasa, mereka menggemari bahasa Mandarin. Mereka turut menyatakan hasrat mereka untuk menghadiri acara muzik di Beijing.
Ekoran video yang tular itu, Thuck Salik dan keluarganya telah dijemput untuk ditemuramah di China yang ditaja sepenuhnya. Selain itu, adik-beradik tersebut turut menerima bantuan kewangan dan makanan daripada Persatuan Palang Merah Kemboja bagi membolehkan mereka meneruskan persekolahan.

Betul lah kata orang, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu?