“Bola Sepak Perlukan Zidane.” – Sasaran Real Madrid, Eden Hazard Teruja Dengan Kembalinya Zidane Ke Santiago Bernabeu

Bintang Chelsea, Eden Hazard mengakui dia gembira Zinedine Zidane telah kembali ke Real Madrid, walaupun enggan menjawab persoalan mengenai masa depannya yang seolah hanya tinggal “sebulan saja lagi bersama Chelsea”.

Zidane memenangi tiga mahkota Liga Juara-Juara berturut-turut dengan Real Madrid sebelum tiba-tiba meletakkan jawatan selepas kemenangan 2018 mereka di Kiev, meninggalkan para peminat dan penyokong terpinga-pinga ibarat putus cinta ditinggalkan kekasih begitu saja.

Selepas kegagalan Julen Lopetegui dan Santiago Solari, Madrid terlepas peluang bersaing dengan Barcelona di La Liga dan disingkirkan di kedua-dua Liga Juara-Juara dan Copa del Rey dan Real Madrid kembali untuk bersatu dengan Zidane, menarik legenda Perancis pulang untuk tugas kedua sebagai bos Los Blancos.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca