Bocorkan Data 280,000 Pelajar Israel, Tindakan DragonForce Malaysia Curi Perhatian Media Pro-Zionis

Kumpulan penggodam pro-Palestin yang menggelarkan diri mereka sebagai DragonForce Malaysia telah membocorkan kira-kira 280,000 data pelajar Israel.

Data yang dibocorkan oleh kumpulan penggodam itu adalah termasuk nama, nombor telefon, kata laluan, alamat e-mel dan rumah pelajar-pelajar berkenaan.

*Gambar di atas hanya sekadar hiasan

Memetik laporan The Jerusalem Post, pembocoran data itu menyasarkan para pelajar yang mendaftar di bawah AcadeME iaitu laman sesawang Israel yang membantu pelajar dan para graduan mencari pekerjaan.

Dalam pada itu, kumpulan penggodam berkenaan dipercayai telah membocorkan data para pelajar tersebut untuk membalas dendam terhadap kekejaman Israel ke atas Palestin.

Pertempuran 11 hari antara rakyat Palestin dan polis Israel di Jerusalem Timur berlaku pada Mei lalu selepas Mahkamah Israel mahu mengusir beberapa buah keluarga Palestin dari wilayah Sheikh Jarrah. Peperangan itu juga telah mengorbankan 270 nyawa rakyat Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak.

Menurut laporan The Jerusalem Post, DragonForce Malaysia turut menyeru para penggodam, kumpulan hak asasi manusia dan aktivis di seluruh dunia bersatu melawan Israel yang disebut berulang kali sebagai Israhell.

Kelompok Hacker Asal Malaysia Bobol 280 Ribu Data Siswa Israel
Sumber: Gelora News

Insiden ini bukan kali pertama DragonForce Malaysia menggodam laman sesawang Israel. Hal ini demikian kerana mereka telah melancarkan #OpsBedil pada bulan lalu di mana kumpulan penggodam itu menyasarkan dan menggodam kira-kira 120 laman sesawang utama Israel.

DragonForce Malaysia juga dilaporkan telah berjaya menggodam 5,000 sistem rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di beberapa tempat tinggal rakyat Israel.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca