Blok Pembangkang Capai Kata Sepakat Untuk Bubar Parlimen

Gabungan blok pembangkang mencapai kata sepakat untuk membubarkan Parlimen pada hari ini (25 Februari) untuk menyelesaikan kemelut politik yang masih belum nampak tanda-tanda akan reda.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) iaitu Tan Sri Annuar Musa berkata bahawa syor berkenaan dikemukakan selepas gabungan Muafakat Nasional mengadakan pertemuan sebelum menghadap Yang di-Pertuan Agong pada Selasa.

Annuar berkata, “Setelah berbincang, kami tidak boleh menyembunyikan daripada pengetahuan rakyat. Tidak perlu timbul teka-teki, mandat harus dikembalikan kepada rakyat dengan pembubaran Parlimen.”

Turut serta dalam sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) ialah Setiausaha Agung Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Datuk Takiyuddin Hassan dan Presiden Persatuan Cina Malaysia (MCA), Datuk Seri Wee Ka Siong.

Memetik laporan Astro Awani, UMNO dan PAS ikrar untuk menyokong Tun Dr. Mahathir Mohamad sekiranya Parti Tindakan Demokratik (DAP) tidak dilibatkan.

Untuk baca lebih banyak artikel lain berkaitan kemelut politik negara, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca