Blogger Ini Dedahkan Rawatan Percuma Buat Ibu Hamil Di Klinik Kesihatan Kerajaan

Setiap pasangan yang berkahwin pasti menginginkan cahaya mata. Alangkah bahagianya jika pasangan tersebut disahkan bakal bergelar ibu dan ayah tidak lama lagi.

Buat si bakal ibu, pasti akan merasa satu pengalaman yang baru apabila berbadan dua.

Perubahan dari segi bentuk badannya, dapat merasakan denyutan nadi si bayi dan juga dapat melihat gerakan-gerakan anaknya di dalam perut.

Apabila sudah mengandung, sudah pasti kita inginkan yang terbaik buat bayi kita. Untuk memastikan kesihatan bayi terjamin, penjagaan dan pemakanan yang sempurna perlu diamalkan sejak dari awal kandungan lagi.

Seperti yang kita ketahui, ramai yang sanggup berhabis duit di hospital swasta demi mendapatkan rawatan dan penjagaan yang terbaik untuk bayi dalam kandungan.

Namun, tahukah anda bahawa ibu mengandung boleh dapatkan rawatan secara percuma di Klinik Kesihatan Kerajaan sepanjang proses kehamilan?

Baru-baru ini seorang wanita yang merupakan blogger bernama Iman Abdul Rahim telah berkongsikan sebuah pemakluman itu melalui Twitter miliknya.

Iman yang baru melahirkan anak keduanya itu telah berkongsi satu tangkap layar dari Instagram Stories yang memberitahu bahawa seorang jururawat daripada sebuah Klinik Kesihatan Kerajaan telah datang singgah ke rumahnya untuk melawat dia dan bayi barunya itu.

Ada kenalan yang bertanya mengenai hal tersebut dan Iman memaklumkan bahawa jururawat dari Klinik Kesihatan Kerajaan akan membuat lawatan kepada ibu-ibu mengandung yang sudah melahirkan anak dari masa ke semasa.

Iman turut menjelaskan bahawa rawatan sepanjang proses kehamilan adalah percuma. Yang akan diberikan secara percuma bermulalah dari proses pemeriksaan, scan bayi dalam kandungan, ubat-ubatan, vaksin bayi dan kaedah peracangan keluarga.

Apa yang lagi menariknya ialah para ibu boleh memilih untuk bersalin di hospital swasta mahupun kerajaan.

Di samping itu, sekiranya berdaftar dengan Klinik Kerajaan Kesihatan, mereka tetap akan mendapat rawatan yang sama daripada staf klinik. Iman berkata bahawa dia hanya tahu tentang perkara itu sejurus selepas mengandungkan anak keduanya.

Kepada para ibu yang tidak tahu mengenai perkara ini tetapi mahukan rawatan tersebut, hanya maklumkan saja kepada Klinik Kesihatan Kerajaan.

Selepas tularnya ciapan berkenaan, ramai para ibu yang berkongsi pengalaman mereka mengenai Klinik Kesihatan Kerajaan.

Untuk pengetahuan anda, rawatan gigi ibu mengandung juga diberikan secara percuma.

Untuk membaca lebih banyak artikel lain mengenai info mengandung, anda boleh klik pada pautan di bawah :

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca