‘Blind Date’ Gadis Malaysia Dan Oppa Korea Ini Buat Warganet Teruja

Pernahkah anda mempunyai pengalaman ‘blind date’? Membuat janji temu dengan seseorang yang anda langsung tidak kenal dan tidak pernah berjumpa.

Baru-baru ini, seorang pelajar Malaysia di Korea Selatan, Syasya, 22, berpeluang untuk ‘blind date’ dengan jejaka korea yang bernama Yoo Dong Kyun.

Sebenarnya, ‘blind date’ tersebut telah dirancang oleh Youtuber terkenal, Blimey. Meskipun detik pertemuan mereka di sebuah kafe seakan-akan janggal, tetapi kedua-duanya semakin serasi apabila meluangkan masa bermain permainan video dan mendengar lagu kesukaan mereka bersama. Malah sepanjang sesi tersebut, kadar denyutan nadi Dong Kyun menandakan bahawa dia cukup selesa serta gembira tatkala bercakap bersama Syasya.

Yang membuatkan warganet teruja adalah sikap Dong Kyun yang berbudi bahasa (gentleman) terhadap Syasya. Dong Kyun sempat bertanyakan kepada Syasya bahasa komunikasi yang dia selesa. Sekali-sekali, mereka akan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

Dalam pada itu, Dong Kyun yang berusia 24 tahun juga turut bertanyakan mengenai negara Malaysia dan juga agama Islam memandangkan Syasya yang tampil dengan imej berhijab.

Rata-rata warganet juga selesa dan suka melihat penjelasan Syasya kepada Dong Kyun mengenai Islam dan mengapa wanita perlu memakai hijab. Kedua-dua mereka juga kelihatan menjaga batas masing-masing.

Sementara itu, tinjauan kami di ruang komen Youtuber tersebut mendapati bahawa rata-rata daripada mereka yang menonton memberikan komen yang positif.

Untuk membaca artikel lain berkaitan hiburan dan artis di Korea, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca