Kumpulan ikonik K-Pop, BlackPink berjaya memecah rekod dunia dengan lagu terbaharu mereka iaitu How You Like That.
Video muzik kumpulan naungan YG Entertainment ini telah memecah tiga Rekod Dunia Guinness dengan merekodkan 86.3 juta tontonan dalam masa 24 jam.
Selain itu, jumlah tontonan yang dicapai pada hari pertama video muzik ini dikeluarkan juga menyaksikan How You Like That berjaya memecah rekod:
1. Video YouTube paling banyak ditonton dalam masa 24 jam.
2. Muzik video menerima tontonan tertinggi di laman YouTube dalam 24 jam.
3. Muzik video oleh kumpulan K-Pop yang paling banyak ditonton dalam 24 jam.
Congratulations to BLACKPINK @ygofficialblink who've made @YouTube history with a multiple record titles following the release of #HowYouLikeThat https://t.co/26G94FSrRX
— GuinnessWorldRecords (@GWR) June 30, 2020
Sementara itu, jumlah tontonan pada muzik video berkenaan mengatasi pemegang rekod sebelum ini iaitu BTS dengan muzik video Boy With Luv yang turut menampilkan penyanyi Amerika Syarikat, Halsey.
Rekod untuk video YouTube yang menerima tontonan tertinggi dalam 24 jam pernah dipegang oleh:
1. Taylor Swift – Look What You Made Me Do
2. BlackPink – Kill This Love
3. Ariana Grande- Thank U, Next
Sementara itu, BlackPink ialah sebuah kumpulan K-Pop yang berada di bawah naungan YG Entertainment. BlackPink yang membuat kemunculan pertama pada tahun 2016 ini terdiri daripada empat ahli iaitu Jisoo, Jennie, Rose dan Lisa.
Pada pendapat anda, adakah lagu How You Like That ini boleh memecah lebih banyak rekod pada masa hadapan?
Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan BlackPink, anda boleh klik pada pautan di bawah: