‘BlackPink Malaysia’, Warganet Puji Arena Iman Menari ‘Kill This Love’

Kumpulan BlackPink memang cukup dikenali ramai. Baru-baru ini, mereka ada mengeluarkan single terbaharu yang berjudul Kill This Love. Penangan kumpulan ini memang cukup hebat sekali apabila muzik video tersebut mendapat 1 juta Likes dalam masa kurang dari setengah jam selepas ia dilancarkan dan sekaligus memecahkan rekod Ariana Grande dengan lagunya iaitu Thank You, Next.

Bukan itu sahaja, muzik video Kill This Love juga berjaya mencatat rekod dunia dengan lebih 35 juta tontonan hanya dalam masa 15 jam selepas ia secara rasmi ditayangkan di YouTube. Bukan biasa-biasa!

Ramai peminat yang membuat cover nyanyian lagu tersebut. Malah, ada juga yang tidak ketinggalan untuk membuat cover tarian Kill This Love.

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila salah seorang peserta Dewi Remaja yang berjaya merangkul gelaran Dewi Favourite memuat naik cover tarian Kill This Love di laman Instagram beliau.

View this post on Instagram

Gewd afternoon 🌻

A post shared by Ary 아리나 (@arenalieya) on

Video berkenaan mendapat lebih 20,000 Likes dan rata-rata warganet memuji kehebatan gadis berwajah manis yang bernama Arena Iman itu. Malah, ruangan komen video tersebut juga dipenuhi dengan komen yang menggelar diri beliau sebagai ‘BlackPink Malaysia’.

Berikut adalah beberapa komen yang mengatakan bahawa Arena kelihatan seperti ‘BlackPink Malaysia’:

Arena sememangnya peminat tegar K-pop. Maka, tidak hairanlah beliau kelihatan seolah-olah telah menghadiri kelas tarian selama bertahun lamanya. Jadi, apa pendapat anda semua setelah menonton video tersebut?

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca