Bintang Kamen Rider, Akira Kubodera Temui Ajal Pada Usia 43 Tahun

Pelakon terkenal dari Jepun iaitu Akira Kubodera telah menamatkan riwayatnya sendiri pada usia 43 tahun di pangsapurinya dekat Tokyo.

Akira telah membintangi Kamen Rider Blade sebagai Kanai dan Aberu dalam Kamen Rider Kiva. Beliau kemudiannya membintangi Kamen Rider OOO sebagai Doctor Fujita. Beliau juga dikenali ramai sebagai Kunzite dalam Pretty Guardian Sailor Moon.

Mendiang ditemui koma di kediamannya dekat ibu negara Jepun itu pada Jumaat lalu. Beliau bagaimanapun disahkan meninggal dunia selepas tiba di hospital.

Siasatan polis kemudiannya mengesahkan Akira menghembuskan nafas terakhir akibat mengambil nyawanya sendiri. Pemergiannya itu kemudiannya disahkan oleh agensi mewakili pelakon berkenaan iaitu Hirata Office dalam satu kenyataan media pada Sabtu.

Sumber: Yahoo Style

Menurut Hirata Office, ahli keluarga dan rakan-rakan beliau masih tidak dapat lagi menerima kenyataan bahawa Akira telah pergi secara mengejut.

Pihak agensi juga masih mendapatkan maklumat sebenar kejadian dan turut memohon pihak media tidak mengganggu keluarga pelakon berkenaan.

Dalam pada itu, Akira telah mengikat tali perkahwinan dengan pelakon Hiroko Omori pada tahun 2007 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Pihak Lejen Press Digital mengucapkan salam takziah kepada seluruh keluarga Akira.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca