Bintang K-Pop Dan Vokalis Top Secret, Yohan Meninggal Dunia

Bintang K-Pop, Yohan yang menganggotai kumpulan TST (dahulu dikenali sebagai Top Secret) dilaporkan telah meninggal dunia pada Selasa.

Memetik laporan Koreaboo, vokalis berkenaan meninggal dunia pada usia 28 tahun. Bagaimanapun, punca kematian masih belum dikenal pasti.

Berita kematiannya itu mengejutkan ramai pihak termasuk para peminatnya sendiri kerana didakwa mendiang masih aktif di Instagram sebelum ini.

View this post on Instagram

여행가고 싶다✈

A post shared by 김요한 (@yohanee0416) on

Dalam pada itu, agensi pengurusan Top Secret, KJ Music Entertainment berkata, mereka turut bersedih dengan pemergian mendiang Yohan.

“Hai, ini adalah KJ Music Entertainment. Kami berasa sedih untuk menyampaikan berita yang menyedihkan ini. Pada 16 Jun, ahli TST, Yohan telah meninggal dunia.

Keluarga mendiang Yohan kini sedang berkabung. Mereka merayu agar pihak media tidak menulis sebarang berita yang menimbulkan pelbagai spekulasi tentang punca kematiannya.

Kami mengucapkan takziah atas pemergian Yohan,” katanya dalam satu kenyataan, memetik laporan Allkpop.

Mengimbas kembali, Yohan mula menyertai TST pada 2017 selepas keluar dari grup NOM.

Terbaharu, TST menerbitkan album terbarunya pada Januari lalu berjudul Count Down.

Untuk baca lebih banyak artikel berkenaan selebriti Korea Selatan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca