Bintang Drama To The Beautiful You, Sulli f(x) Ditemui Tidak Bernyawa Di Apartmennya

Pelakon dan penyanyi terkenal Korea, Choi Jin-ri atau lebih dikenali sebagai Sulli ditemui tidak bernyawa di apartmennya. Menurut laporan media tempatan, perkara ini disahkan sendiri oleh pihak polis.

Sulli yang baru sahaja berusia 25 tahun itu dilaporkan meninggal dunia sekitar jam 4 petang masa tempatan Korea.

Menurut pihak polis, rakan sekerja Sulli menemui pelakon yang terkenal menerusi drama bersiri To The Beautiful You itu di kediamannya kira-kira 30 minit kemudian.

Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan bagi mengetahui punca sebenar kematian selebriti itu.

SM Entertainment selaku syarikat pengurusan Sulli juga masih belum memberi apa-apa kenyataan berkenaan kematiannya.

Untuk rekod, Sulli yang juga merupakan penulis lagu sebelum ini dilaporkan menghidapi penyakit kemurungan.

Desas-desus mengatakan bahawa bekas ahli kumpulan ikonik K-Pop, f(x) itu dipercayai telah membunuh diri. Walau bagaimanapun, tiada sebarang nota bunuh diri ditemui pihak polis setakat ini.

Carian ‘Sulli’ kini trending paling atas di laman Twitter. Rata-rata peminat terkejut dengan berita ini dan menzahirkan rasa sedih serta simpati mereka terhadap apa yang menimpa aktres berkenaan.

https://twitter.com/jkjmlovely_/status/1183675440516554752

Pihak Lejen Press Digital mengucapkan salam takziah kepada seluruh keluarga Sulli.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca