Salah satu bintang asli Sesame Street iaitu Bob McGrath telah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 90 tahun.
Khabar duka itu dikongsikan sendiri oleh keluarga Bob McGrath melalui Facebook.

Pihak keluarga menyatakan ayah mereka iaitu Bob McGrath telah meninggal dunia dengan tenang di rumah dan dikelilingi bersama anggota keluarga yang lain.
Akaun rasmi Sesame Street juga membuat penghormatan terakhir kepada Bob McGrath menerusi ciapan di Twitter.
Sesame Workshop mourns the passing of Bob McGrath, a beloved member of the Sesame Street family for over 50 years.
— Sesame Workshop (@SesameWorkshop) December 5, 2022
1/4 pic.twitter.com/juhlmbHo23
Sesame Street ditayangkan pada bulan November 1969. Bob McGrath antara pelakon asal dalam siri televisyen itu selama lebih 50 tahun.
Mendiang memegang watak sebagai guru muzik yang santai dan sentiasa memberikan nasihat. Wataknya juga banyak menunjukkan sifat yang gemar senyum dan sopan.

Kali terakhir mendiang muncul di Sesame Street pada tahun 2017 sebagai artis undangan dan menyanyikan lagu bertajuk Having A Ball.
Antara lagu yang dinyanyikan oleh Bob McGrath adalah People In Your Neighbourhood, If You’re Happy And You Know It, Sing A Song dan lagu tema Sesame Street.

Siri televisyen Sesame Street sangat terkenal di seluruh negara. Sudah pastinya pemergian Bob McGrath akan dirindui terutamanya daripada mereka yang layan siri ini sewaktu kecil lagi.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: