Bini Pertama Ditalak Ketika Hamil 9 Bulan, Isteri Baru Lebam Satu Badan

Seorang pemain bola negara seberang, Indonesia, Alfath Faathier pernah menerima kecaman hebat selepas menjatuhkan talak pada isteri pertama, Ratu Rizky Nabila beberapa bulan yang lalu.

Menurut laporan daripada portal rasmi Tribunnews, Alfath Faathier telah menjatuhkan talak ketika isterinya sedang sarat hamil 9 bulan, malah pernah mengasarinya di awal kandungan.

Lebih mengecewakan wanita berkenaan, sebelum bekas suaminya bertindak nikahi perempuan lain berstatus janda muda, dia tidak mengakui bahawa anak dalam perut adalah zuriatnya.

bini-pertama-ditalak-ketika-hamil-9-bulan-isteri-baru-lebam-satu-badan
Sumber: POPBELA

Sebelum ini, Nadia Christina pernah membuat satu klarifikasi bahawa dirinya bukan wanita perampas dan mereka berkahwin ketika prosiding talak Nadia sedang berjalan.

Namun begitu, belum genap 4 bulan rumah tangga mereka dilanda badai kerana lelaki terbabit dikatakan telah membuat kekasaran di seluruh badannya.

Ibarat pisang berbuah dua kali, gadis berkenaan juga mendedahkan foto kesan lebam di bahagian badannya dan mengatakan pertelingkahan terbabit berlaku ketika Nadia disahkan positif Covid-19.

Bagaimanapun, pasangan ini sudah berdamai malahan Alfath sempat menegur isteri barunya agar tidak sewenangnya mensensasikan masalah keluarga kepada umum.

bini-pertama-ditalak-ketika-hamil-9-bulan-isteri-baru-lebam-satu-badan
Sumber: Grid.id

Terdahulu, atlet bola sepak ini pernah mencabar isteri pertama untuk membuat ujian DNA kerana tidak percaya bahawa anak yang dikandung adalah benih sendiri.

Difahamkan, dia juga tidak menghadiri majlis akikah bayinya sendiri walaupun sudah dijemput. Menurut kenyataan daripada sumber dipercayai, Alfath dan Nadia telah mengadakan majlis resepsi perkahwinan secara tertutup.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca