Bimbang Tidak Bebas Ketika Perintah Berkurung, Wanita Ini Ambil Nyawa Sendiri

Seorang remaja dilaporkan telah membuat keputusan untuk menamatkan riwayatnya sendiri ketika kerajaan United Kingdom kuat kuasa perintah berkurung kerana bimbang dirinya akan hilang kebebasan.

Emily Owen bimbang dirinya tidak dapat bekerja dan keluar rumah selepas penularan wabak COVID-19 di negara tersebut.

Mendiang yang berusia 19 tahun itu dilaporkan mempunyai harapan untuk masa depan yang cerah menurut pendengaran inkues di Mahkamah Koroner Norfolk di Norwich, United Kingdom.

Sumber: The Sun

Memetik laporan The Sun, Emily bagaimanapun membuat keputusan beberapa hari sebelum menghembuskan nafas terakhir untuk melakukan kuarantin kendiri selepas salah seorang adik-beradiknya mengalami batuk.

Emily akhirnya membuat keputusan untuk menamatkan riwayatnya sendiri pada usia 19 tahun dengan menggantung dirinya di kediaman keluarga mereka yang terletak di Shouldham, Norfolk pada 18 Mac lalu.

Sumber: The Sun

Dalam pada itu, kerajaan United Kingdom kuat kuasa perintah berkurung pada 16 Mac di mana orang ramai dinasihati untuk melakukan penjarakan fizikal.

Kerajaan pimpinan Boris Johnson itu kuat kuasa perintah berkurung sepenuhnya pada minggu berikutnya dengan menyaksikan kedai-kedai bukan keperluan diarahkan tutup manakala semua orang diminta untuk berada di rumah sepanjang masa.

United Kingdom telah mencatatkan sebanyak 325,642 kes positif COVID-19 manakala 41,429 tewas kepada wabak tersebut sehingga ke hari ini.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan perintah berkurung, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca