Bimbang Koronavirus Tersebar Melalui Barang Taobao, Ini Respons Doktor

Pembelian dari platform membeli-belah dalam talian, Taobao telah mencetuskan kebimbangan dalam warganet tentang status barangan mereka.

Orang ramai juga bimbang sama ada mereka perlu sanitize terlebih dahulu sebelum menyentuh barangan tersebut.

Walau bagaimanapun, seorang doktor dari Hospital Sungai Buloh iaitu Dr. Christopher Lee berkata bahawa semua bungkusan dari China mengambil masa sekurang-kurangnya satu hari untuk tiba di Malaysia.

Sumber: WOB

Menurut laporan WOB, Penasihat Kebangsaan Penyakit Berjangkit di Kementerian Kesihatan itu turut berkata bahawa risiko jangkitan koronavirus melalui penghantaran adalah agak rendah.

Tambahnya, novel koronavirus (2019-nCOV) ini sama seperti SARS dan MERS walaupun masih tiada pengumuman rasmi tentang penyebaran koronavirus melalui barangan tidak bernyawa.

Sumber: CNN

Tidak berhenti di situ, cara jangkitan 2019-nCOV itu sepatutnya tidak mempunyai perbezaan yang ketara daripada SARS dan MERS kerana ia dikategorikan sebagai koronavirus.

Untuk pengetahuan anda, virus SARS hanya boleh bertahan di luar badan manusia selama beberapa jam ataupun paling lama, empat hari sahaja.

Walaupun begitu, virus itu akan bertahan lama pada persekitaran yang lembap atau basah.

Dalam pada itu, China Post mempunyai berita baik buat anda yang masih paranoid untuk membeli barangan dari Taobao!

China Post akan menangguh jadual penghantaran barangan untuk membasmi kuman pada barangan yang patut dipos.

Menerusi pengumuman tersebut, “Bagi memastikan keselamatan orang awam, kami akan lakukan pembasmian kuman dua kali terhadap barangan dan kenderaan yang akan melalui bandar Wuhan.”

Walaupun begitu, anda perlu sentiasa mengamalkan langkah berjaga-jaga dengan cara membawa pembersih tangan sepanjang masa dan memakai topeng muka.

Kepada anda yang masih keliru, anda boleh tonton video di bawah:

Untuk membaca lebih banyak artikel mengenai koronavirus, anda boleh klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca