Bimbang Hubungan Tidak Direstui, Lelaki Ini Sorok Kekasih Dalam Bilik

bimbang-hubungan-tidak-direstui-lelaki-ini-sorok-kekasih-dalam-bilik_2
bimbang-hubungan-tidak-direstui-lelaki-ini-sorok-kekasih-dalam-bilik
Sumber: Astro Awani

Seorang lelaki bertindak menyembunyikan kekasihnya di dalam rumah ibu bapanya di Ayloor, Kerala, gara-gara bimbang hubungan tidak direstui kerana perbezaan agama sejak 10 tahun lalu.

Wanita itu hanya keluar pada waktu malam untuk ke tandas dan terperak dalam bilik kekasihnya sepanjang masa. Memetik laporan daripada portal tempatan India Times.

Dilaporkan wanita yang lebih dikenali sebagai Sajitha berusia 28 tahun itu, tidak pulang ke rumah selepas keluar bertemu saudaranya 10 tahun lalu.

Namun begitu, ada yang menyangka bahawa dia sudah meninggal dunia kerana pencarian wanita itu tidak menemui sebarang petunjuk.

Setiap kali kekasihnya, Rahman Khani, 34, keluar dia akan mengunci pintu bilik itu. Pada waktu malam, Sajitha keluar melalui tingkap bilik tanpa diketahui sesiapa.

Bagi mengelak diketahui oleh keluarganya dia tinggal bersama kekasihnya, Rahman mengakui bahawa dia memasang pagar elektrik di kawasan biliknya.

Malah, dikatakan lelaki itu tidak lagi turut makan bersama keluarganya sejak 10 tahun dan membawa makanan masuk ke dalam bilik dengan jumlah besar.

Ahli keluarga Rahman menyangka dia sudah tidak siuman dengan melihat perubahan pada dirinya. Pasangan itu mengambil keputusan untuk berpindah ke rumah sendiri tanpa memaklumkan kepada keluarga Rahman menyebabkan perkara itu terbongkar.

Ibu bapa Rahman membuat laporan polis tentang kehilangannya apabila menyedari anak mereka tidak pulang ke rumah.

Dilaporkan daripada portal tempatan India Times, polis telah menemui Rahman tidak jauh dari rumah keluarganya yang terletak di sebuah perkampungan Nemara.

Hasil daripada soal siasat yang dijalankan polis mengatakan dia mengaku tinggal bersama kekasihnya tanpa diketahui sesiapa dalam bilik tidur di rumah.

Ibu bapa Rahman, Muhammed Karim dan Aathika menafikan berita palsu bahawa anak lelakinya tinggal bersama kekasih dalam bilik rumah mereka selama10 tahun menerusi satu lagi portal tempatan On Manorama.

“Selain itu, struktur pada dinding bilik Rahman hanya separuh dan jika ada kelibat mana-mana individu berada di dalam dapat dilihat dengan jelas. Bumbung bilik Rahman juga diubahsuai sejak tiga tahun lalu,” jelas mereka lagi.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca