Billie Eilish Penat Hidup Dengan Sindrom Tourette

Penyanyi terkenal ini berkongsi tentang penyakit sindrom tourette yang dihadapi sepanjang hidupnya itu sememangnya memenatkan.

Kebanyakan penyakit Sindrom tourette akan berulang kali bergerak, mengeluarkan bunyi atau bersuara secara tiba-tiba yang dipanggil tik.

Billie Eilish ditemu ramah oleh David Letterman dalam realiti TV Netflix, David Letterman’s My Next Guest.

“Jika awak rakam saya dengan lama, awak akan dapat melihat tik yang banyak,” katanya dalam realiti TV tersebut.

Sindrom ini selalunya bermula dari kecil tetapi apabila umur meningkat, tiknya akan semakin berkurangan.

Dengan itu, Billie menerangkan bahawa tiknya tidak muncul apabila dia membuat persembahan. Dalam banyak-banyak tik yang dia hadapi, ada yang telah pergi dan selebihnya masih ada seperti biasa.

Sumber: billboard

Terangnya lagi, orang tidak akan perasan perkara ini ketika berbual dengannya tetapi dari pihaknya sendiri, sindrom ini amat memenatkan.

Billie suka berkongsi pengalamannya dengan sindrom tourette tetapi dia sendiri juga agak keliru dengan penyakit ini.

Reaksi orang lain pada tiknya pula kebanyakkan tidak begitu baik.

“Reaksi yang sering berlaku ialah mereka ketawa seperti saya sedang cuba untuk berjenaka. Saya memang kecil hati apabila kejadian sebegitu berlaku.” ngadu selebriti antarabangsa itu.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan dengan Billie Eilish, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca