Bill Gates Menjangkakan COVID-19 Bakal Menjadi Pandemik Terakhir Dunia

Sebelum kedatangan wabak pandemik COVID-19 yang telah menyaksikan 5.78 juta kematian, dunia pernah dikejutkan dengan wabak Spanish Flu sekitar seabad yang lalu.

Menerusi isu yang berlaku, Bill Gates yang sering aktif berkongsi informasi mengenai wabak COVID-19 dan vaksin baru-baru ini tampil dengan mengeluarkan kenyataan di mana beliau menjangkakan COVID-19 bakal menjadi pandemik terakhir.

“Apabila saya melihat derita yang berlaku akibat Covid, setiap kali saya membaca tentang statistik kematian terkini atau mendengar tentang seseorang yang kehilangan kerja atau sekolah yang terpaksa ditutup, saya tak boleh membantu kecuali berkata, kita tak perlu melalui ini lagi”

Bill Gates memaklumkannya selepas melancarkan buku terbaru beliau iaitu How to Prevent the Next Pandemic dalam membincangkan langkah yang perlu dilakukan dalam menghentikan pandemik seterusnya dalam menawarkan sistem keselamatan yang lebih baik buat seluruh dunia.

Gates mendakwa, walaupun jangkaan mengenai ketiadaan lagi pandemik dilihat sebagai sebuah cita-cita besar, namun perkembangan yang dicapai dalam tempoh dua tahun ini termasuk dari segi vaksinasi dan ilmu pengetahuan telah meletakkan dunia dalam laluan yang betul.

Bill Gates ini juga membincangkan tentang pandangannya terhadap vaksin dan perasaannya menjadi target kepada teori konspirasi dalam bukunya itu.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca