Bill Gates selaku individu penting dalam terbinanya empayar Microsoft Corp telah melepaskan jawatan sebagai ahli lembaga pengarah, semalam.
Beliau ingin menumpukan lebih masa terhadap isu seperti pendidikan, kesihatan serta iklim dunia. Bill Gates juga melepaskan jawatan sebagai ahli lembaga pengarah Berkshire Hathaway Inc, sebuah syarikat milik jutawan Warren Buffett.

Bill Gates memulakan langkahnya bersama Microsoft di Albuquerque, New Mexico selepas dikeluarkan dari kolej. Pada tahun 1980, syarikat tersebut mencipta sejarah apabila berjaya menjalinkan kerjasama bersama IBM untuk menghasilkan sistem operasi bernama MS-DOS.
Pada tahun 1986, Bill Gate telah menjadi jutawan muda pada usia 31 tahun. Microsoft berjaya menjadi antara syarikat gergasi yang berjasa terhadap dunia teknologi komputer.

Sehingga kini, Bill Gates mempunyai nilai harta sebanyak USD100 billion (RM430 Billion) yang menjadikannya sebagai antara orang terkaya di dunia. Semoga beliau terus memberikan dedikasi tinggi terhadap dunia.
Untuk membaca artikel lain berkaitan teknologi, sila klik pada pautan di bawah: