“Bila Nak Umum SOP?”, Syed Saddiq Tegur Dan Beri Cadangan Susulan Pengumuman PKP Di 6 Buah Negeri Oleh Perdana Menteri

Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari ini mengumumkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 14 hari yang akan bermula pada Rabu, 13 Januari sehingga 26 Januari di 6 buah negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

Selain itu, menurut Perdana Menteri, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dijalankan sepanjang tempoh sama terhadap enam negeri lain iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Manakala dua negeri lagi iaitu Perlis dan Sarawak akan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), juga pada tarikh dan tempoh sama.

Tampil memberikan teguran dan cadangan susulan pengumuman tersebut adalah Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman yang menyenaraikan 4 perkara yang perlu diambil perhatian dan diberikan tindakan segera oleh kerajaan agar PKP pada kali ini tidak terlalu membebankan rakyat terutamanya.

“Kerajaan kena beri bantuan wang kepada rakyat, perlindungan moratorium secara menyeluruh & segera bentang SOP dari setiap kementerian yang berkaitan. Pengumuman last minute begini janganlah dibuat lagi.” ini ciapan Syed Saddiq di akaun Twitter beliau.

Berikut 4 perkara yang ditekankan oleh Syed Saddiq dalam ciapan tersebut.

Syed Saddiq menegaskan bahawa beliau tampil membuat teguran tersebut kerana tahu situasi rakyat yang sedang lapar, susah dan sakit pada ketika ini susulan kesan pandemik Covid-19 yang melanda di negara ini dan seluruh dunia.

“Saya faham PKP ni kena buat, tapi rancanglah elok-elok,” tambah beliau lagi.

Syed Saddiq mengakhiri tulisan beliau dengan, “Doakan untuk Malaysia.”

Ciapan tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-rata menyokong apa yang ditulis oleh Syed Saddiq. Covid-19, PKP dan SOP berkaitannya bukanlah perkara baru yang diuruskan oleh kerajaan pada ketika ini. Maka adalah sangat tidak wajar apabila kerajaan masih lagi gagal merancang dengan baik perkara berkaitan sebelum membuat pengumuman tentang perlaksanaan PKP ini.

Baca artikel lain berkaitan Syed Saddiq:

Artikel Lain Untuk Di Baca