“Bilalah Media Kita Nak Matang,” Tanya Soalan Ikan Singgang Cetus Perbalahan Antara Pengamal Media Dan Doktor

Terdahulu, tular satu video rakaman daripada sebuah stesen penyiaran yang menyampaikan berita tentang kemungkinan ikan singgang untuk menjadi penawar kepada COVID-19. Namun begitu, doktor tersebut tidak berpuas hati dengan sikap tidak professional stesen penyiaran tersebut yang memaparkan berita tanpa usul periksa yang lebih mendalam.

Kemudian, pada 9 Mac kecoh di laman Twitter apabila doktor tersebut menegur wartawan yang bertanya soalan tentang kesahihan ikan singgang sebagai penawar kepada koronavirus ataupun COVID-19 kepada Ketua Pengarah Kesihatan sewaktu sidang media.

Menurut doktor tersebut, persoalan yang ditanya kepada Ketua Pengarah itu tidak wajar disoalkan jika mereka boleh berfikiran mengikut logik akal sekaligus melabel semua media sebagai tidak matang.

Ciapan tersebut mendapat perhatian daripada golongan wartawan dan juga warganet yang rata-rata tidak memahami apa yang menjadi isu sehingga membuatkan wartawan tidak boleh melakukan kerja mereka untuk bertanya dan mendapatkan informasi.

Setelah menerima kecaman daripada pelbagai pihak, doktor tersebut membuat permintaan kepada media untuk tidak lagi kongsi berita atau informasi tidak berasas secara berleluasa untuk membuktikan mereka itu sudah matang.

Perdebatan di antara dua belah pihak ini sudah menjadi kebiasaan sejak dahulu lagi. Namun begitu, jika kedua pihak mampu menghormati bidang tugas masing-masing pasti penyelesaian dapat dicapai. Tiada kesalahan untuk wartawan bertanyakan soalan dan tiada kesalahan untuk doktor menyampaikan informasi bagi memerangi mitos.

Untuk membaca artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca