Siapa yang tidak kenal dengan Datuk Seri Aliff Syukri yang sering dikaitkan dengan pelbagai perkara. Selepas reda dengan beberapa kontroversi, nama usahawan kosmetik ini sekali lagi menjadi topik perbualan warganet.
Baru-baru ini, terdapat dakwaan yang mengatakan dia tidak memberikan bantuan kepada orang yang dalam kesusahan dan berhadapan dengan penyakit wabak COVID-19.
Melalui hantarannya di laman Instagram, Aliff menyatakan bahawa dia sebenarnya sudah membantu lebih daripada puluhan ringgit bagi mereka yang memerlukan tanpa menghebahkan kepada orang ramai.
“Jika saya bantu korang kata saya riak, jika saya tidak bantu korang kata saya jahat. Kalau saya tunjuk buat ‘live’, korang kata saya menunjuk. Sebenarnya korang nak apa?”
Datuk Aliff juga menyatakan bahawa dia akan menambah sejumlah RM30,000 lagi untuk sesiapa yang menginginkan bantuan daripadanya dengan hanya meninggalkan komen di Instagram miliknya.
View this post on InstagramA post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on
“Kepada Public Health Malaysia tolong hubungi pengurus peribadi saya untuk bantu. Jangan cakap abang tak bantu lagi tau,” tambahnya yang memberikan respons terhadap posting akaun rasmi agensi terbabit.
Terbaharu, pihak Public Health Malaysia mengesahkan bahawa Aliff Syukri ingin membantu dan telah berhubung dengan pihak Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia.
Apa-apa pun, semoga Datuk Aliff Syukri sentiasa dimurahkan rezeki dan dapat membantu mereka yang memerlukan bantuan.
Untuk membaca artikel lain yang berkaitan, sila klik pada pautan di bawah: