Bil Semakin Naik? Ini 3 Cara Anda Patut Amalkan Untuk Jimat Elektrik

Tenaga elektrik kini menjadi satu keperluan bagi setiap individu. Oleh itu, kami kongsikan tiga cara mudah yang anda boleh amalkan di rumah untuk elakkan pembaziran elektrik:

1. Tutup lampu pada waktu siang

brown and white table lamp with light

Menurut kajian, lampu bukanlah penyumbang terbesar dalam pembaziran elektrik kerana ia hanya memerlukan voltan yang rendah untuk menghasilkan cahaya.

Walau bagaimanapun, bilangan lampu yang banyak di sesebuah rumah ini boleh menyumbang pada pembaziran elektrik. Anda dinasihatkan untuk mengehadkan penggunaan lampu ketika waktu siang.

Sebagai alternatif, anda boleh gunakan cahaya matahari sebagai sumber cahaya. Anda boleh membuka tingkap dan pintu rumah untuk memperoleh cahaya yang optimum serta udara segar!

2. Hadkan penggunaan peti sejuk

silver French-door refrigerator

Anda perlu pastikan peti sejuk tersebut tidak terdedah pada cahaya matahari dan sumber haba. Sekiranya anda mahu tahu, ia memerlukan ruang udara yang mencukupi untuk menghasilkan haba.

Sebagai peringatan, anda tidak boleh letak terlalu banyak barang ke dalam peti sejuk. Hal ini demikian kerana ia akan menyebabkan peti sejuk berkenaan ‘dipaksa bekerja’ untuk menyejukkan barang-barang di dalamnya.

Namun begitu, anda juga tidak boleh membiarkan peti sejuk itu kosong kerana ia menyebabkan pengaliran keluar masuk udara yang banyak. 

3. Kurangkan kekerapan cuci pakaian

white plastic laundry basket beside black front load washing machine

Anda boleh mengumpul semua pakaian kotor itu terlebih dahulu dalam satu laundry bag. Dengan cara itu, anda sudah menjimatkan penggunaan elektrik.

Sebelum membuat keputusan untuk membeli mesin basuh, anda perlu kenal pasti model yang paling sesuai dengan penggunaan pakaian seisi rumah terlebih dahulu kerana setiap mesin basuh mempunyai had muatan berbeza.

Sebagai peringatan, anda tidak boleh mencuci pakaian melebihi had muatan. Apabila mesin basuh ini overload, ia akan meningkatkan penggunaan elektrik dan boleh menyebabkan kerosakan pada washing machine anda.

Semoga perkongsian daripada artikel ini mampu membantu anda dalam menjimatkan penggunaan elektrik.

 Penulis:

  • Nur Alisa Farhana Mohd Zukari adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
  • Prof Madya Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan penggunaan elektrik, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca