Bikin Semua Wanita Cemburu, Kanak-Kanak Ini Mempunyai Bulu Mata Sepanjang 5 Sentimeter

Setiap individu khususnya wanita pasti mahukan bulu mata yang panjang. Namun, tidak semua yang dilahirkan dengan bulu mata yang panjang dan lentik sampaikan ada yang sanggup berbelanja ratusan ringgit setiap bulan bagi mengenakan extension semata-mata untuk kelihatan cantik.

Percaya atau tidak, seorang kanak-kanak lelaki di Rusia memiliki bulu mata sepanjang 5 sentimeter tanpa memakai sebarang extension. Malah, itu merupakan bulu mata asalnya dan bukannya bulu mata palsu. Selalunya, paling panjang pun bulu mata seseorang itu mungkin setakat 2 hingga 3 sentimeter sahaja.

Kanak-kanak berkenaan yang dikenali sebagai Muin Bachonaev menjadi perhatian warganet kerana bulu matanya yang sangat panjang itu. Malah, dia juga dipercayai memegang Russian Book of Records sebagai manusia yang mempunyai bulu mata terpanjang di Rusia. Pasti tergugat semua wanita di luar sana!

Menurut bapanya iaitu Zaidullo Bachonaev, Muin sering menjadi perhatian ramai setiap kali dia keluar rumah. Zaidullo juga pernah membawa anak kesayangannya itu berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan kerana bimbang sekiranya Muin menghidapi apa-apa penyakit.

Doktor telah mengesahkan bahawa keadaan bulu matanya yang panjang itu terjadi disebabkan oleh genetik dan dia tidak menghidapi sebarang penyakit. Sekiranya ia dikategorikan sebagai satu penyakit, pasti semua berlari-lari untuk ‘berjangkit’ kan?

Artikel Lain Untuk Di Baca