Bida Aset Sajat, Lelaki Ini Bakal Dapat Barang Dapur Dan Set Bilik Tidur

Seorang lelaki telah berjaya membida sebahagian barangan kepunyaan Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat pada harga RM132,000 dalam satu proses lelongan di kediaman usahawan sensasi itu.

Sumber: Malay Mail

Memetik laporan Free Malaysia Today, pembida itu akan dapat set barangan di dapur, ruang tamu dan set bilik tidur di tingkat atas kediaman banglo dua tingkat tersebut.

Pada mulanya, proses lelongan itu disertai lapan orang pembida tetapi ia berakhir dengan tiga pembida dengan enam kali bidaan sebelum harga RM132,000 diputuskan. Buat masa ini, peguam masih menunggu pembayaran dibuat sepenuhnya oleh pembida tersebut.

Dalam pada itu, seorang wanita yang berhasrat membeli barangan Sajat pulang dengan hampa selepas proses pendaftaran untuk bidaan ditutup.

Wanita itu tiba di kediaman Sajat agak lewat dan cuba merayu untuk menyertai bidaan tetapi usahanya sia-sia sahaja. Dia dikatakan tertarik dengan barangan perhiasan usahawan kosmetik itu yang sering dimuat naik di media sosial sebelum ini.

Kediaman Sajat. Sumber: Free Malaysia Today

“Saya tidak kisah berapa harga barangan itu asalkan dapat bida. Saya bukanlah pengikut Sajat di media sosial tetapi selalu nampak melalui videonya yang tular.

Walaupun telah bawa deposit RM5,000, tiada rezeki untuk saya masuk kerana dimaklumkan proses pendaftaran sudah ditutup,” ujarnya.

Untuk pengetahuan anda, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah mengarahkan harta milik Sajat disita kerana usahawan itu gagal membayar tuntutan pampasan RM200,000 kepada bekas stokis utamanya.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan Sajat, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca