Biarpun Ditayangkan Semula, Avengers: Endgame Masih Gagal Tumbangkan Rekod Avatar

Pada hujung minggu lalu, Avengers: Endgame telah ditayangkan semula dengan 6 minit rakaman tambahan dalam usaha untuk melepasi filem blockbuster arahan James Cameron, Avatar. Setakat ini, Avatar merupakan filem terlaris dalam sejarah.

Menerusi tayangan semula itu, Avengers: Endgame berjaya meraih kutipan sebanyak AS$7.8 juta (RM32.3 juta) menjadikan jumlah keseluruhan kutipan filem tersebut AS$2.76 bilion (RM11.4 bilion).

Jumlah keseluruhan itu jelas sekali menunjukkan bahawa Avengers: Endgame masih kekurangan AS$27 juta (RM111.8 juta) sekali gus meranapkan misinya untuk menandingi kutipan Avatar bagi merampas tempat filem terlaris dalam sejarah. Terdahulu, Avatar berjaya mencatat kutipan keseluruhan sebanyak AS$2.78 bilion (RM11.5 bilion).

Ramai yang berpendapat bahawa ia adalah agak mustahil untuk Endgame mencapai kutipan sebanyak itu dalam masa terdekat.

Salah satu punca Endgame tidak berjaya mengatasi Avatar adalah kerana prestasi buruk tayangan semula filem itu dalam pasaran besar di luar Amerika Syarikat, lapor portal Deadline.

Namun begitu, para peminat Marvel masih mengharapkan keajaiban untuk berlaku. Rata-rata berharap agar tayangan Spider-Man: Far From Home dapat mempengaruhi penonton untuk kembali menonton Endgame.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca