Biarkan Mulut Terdedah, Pelitup Muka Baharu Korea Selatan Kosk Timbulkan Kontroversi

Satu pelitup muka yang diperkenalkan Korea Selatan menjadi bualan ramai di media sosial barat sekaligus menimbulkan kontroversi kerana reka bentuk anehnya yang hanya menutup hidung.

Pelitup muka yang dijual oleh syarikat Atman di Korea Selatan itu dipanggil kosk iaitu gabungan antara hidung (ko) dan mask (pelitup). Ia mempunyai dua bahagian di mana satu bahagian boleh dibuang bagi membiarkan mulut si pemakai terdedah.

Reka bentuk pelitup muka kosk yang aneh. Sumber: Oddity Central

Pelitup muka luar biasa itu nampaknya direka untuk memberikan beberapa tahap perlindungan terhadap Covid-19 ketika makan, namun boleh juga dipakai dalam mod hidung sahaja pada bila-bila masa.

Walaupun menjadi trend di Korea Selatan, kosk telah mencetuskan beberapa kontroversi di barat dengan ramai yang mengisytiharkan aksesori muka itu tidak berguna sama sekali kerana reka bentuknya itu.

Walaupun didakwa tidak berguna, namun ada segelintir pengguna Twitter yang mempertahankan aksesori berkenaan, “Tiada perbezaan dengan orang yang memakai pelitup muka di bawah hidung mereka,” kicau seorang pengguna Twitter.

Hal ini mungkin kerana kajian menunjukkan hidung adalah laluan paling mudah untuk virus COVID-19 memasuki tubuh manusia dan terdapat sesetengah pakar kesihatan mendakwa bahawa pelitup hidung itu adalah lebih baik daripada tidak memakai topeng muka sama sekali.

“Ia hanya mungkin perbezaan kecil,” Profesor Catherine Bennett, Pengerusi Epidemiologi dalam Institut Transformasi Kesihatan Deakin mengulas sambil menambah ia masih ‘idea pelik’.

Sesetengah pakar kesihatan mendakwa bahawa pelitup hidung ini adalah lebih baik daripada tidak memakai topeng muka sama sekali.

Walaupun mendapat pelbagai kecaman, kosk diberi penarafan lima bintang daripada 118 ulasan di platform beli-belah Korea Selatan Coupang. Di sana, satu pek kosk yang di dalamnya mempunyai 10 pelitup muka dijual dengan harga 9,800 won (RM34.18).

Apa pendapat anda tentang topeng aneh ini? Agak-agaknya ia berkesan tak dalam melindungi kita?

Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca