Pelakon Aeril Zafrel tampil untuk menjelaskan tindakannya membiarkan Wawa Zainal keluar membeli barang keperluan keluarga mereka baru-baru ini.
Memetik laporan Gempak, pelakon utama Seindah Tujuh Warna Pelangi itu akui wanita lebih cekap dalam hal menguruskan keperluan rumah.
Jelasnya, “Selama ini pun, barang keperluan dapur dan seisi rumah Wawa yang uruskan. Saya rasa kebanyakan isteri di luar sana juga sama. Para isteri lebih pakar dalam bab ini.”

Menurut Aeril lagi, kaum lelaki memiliki kelemahan dalam menyediakan barang keperluan dapur.
“Orang lelaki ini kalau disuruh beli barang, mesti akan ada yang kurang sana sini atau tertinggal apa-apa yang perlu dibeli. Hanya seorang sahaja yang dibenarkan keluar sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dan Wawa yang minta izin untuk keluar beli barang,” ujarnya.
Baru-baru ini, hantaran aktres Wawa Zainal di laman Instagram miliknya menjadi bualan ramai selepas warganet mula mempersoalkan mengapa bukan suaminya iaitu Aeril Zafrel sahaja yang keluar membeli barangan keperluan tersebut selaku ketua rumah.
View this post on Instagramcari barang dapur kejap😭😭 rasa mcm nak pergi berperang😣
A post shared by Wawa Zainal ®️ (@w4w4_zainal) on
Enggan orang ramai salah faham, Wawa tampil membalas komen warganet dan turut menjelaskan keadaan sebenar. Menurut Wawa, dia bimbang Aeril terpaksa duduk lama di pasar raya untuk mencari barang yang perlu dibeli.

Sementara itu, Datuk Seri Fadillah Yusof menegaskan hanya seorang wakil atau ketua keluarga sahaja yang dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan dan ubat-ubatan sepanjang tempoh PKP.
Sekiranya individu itu terpaksa keluar, seseorang itu perlu mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu mencuci tangan dan mengamalkan social distancing.
Kesihatan anda dan orang sekeliling perlu sentiasa menjadi keutamaan. Dalam erti kata lain, patuhi arahan kerajaan sepanjang masa dan jangan pentingkan diri sendiri.
Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan selebriti tempatan, anda boleh klik pada pautan di bawah: