Biar Anak Gadis Diperkosa, Ibu Minta iPhone 11 Balasan Untuk Kunci Mulut

biar-anak-gadis-diperkosa-ibu-minta-iphone-11-balasan-untuk-kunci-mulut

Bukan sahaja tergamak mendiamkan diri, malah tindakan seorang ibu di Medan, Indonesia telah membiarkan anak gadisnya menjadi mangsa diperkosa yang berlaku baru-baru ini.

Difahamkan, sebagai balasan untuk menutup mulut daripada pelaku, yang juga merupakan teman lelakinya, wanita berkenaan sanggup meminta Iphone 11 Pro Max.

Wanita terbabit meminta telefon bimbit berkenaan untuk diberikan kepada anak gadisnya supaya mangsa mendiamkan diri dan terus melayani ‘pelaku’.

Mangsa dipercayai tinggal bersama ibu dan teman lelaki ibunya selepas wanita itu bercerai dengan ayah kandungnya.

Dikatakan gadis malang itu telah berulang kali menjadi mangsa kepada teman lelaki ibunya. Menurut laporan media tempatan, kejadian berkenaan berlaku ketika mangsa tinggal seorang diri dan ibunya keluar mencari rezeki.

Dalam kejadian pertama, mangsa tidak mampu melawan kerana pelaku bertubuh besar. Bagaimanapun dalam kejadian kedua, jenayah berkenaan berlaku dalam pengetahuan ibunya.

biar-anak-gadis-diperkosa-ibu-minta-iphone-11-balasan-untuk-kunci-mulut
Sumber: Neswhangat

Menyangka nasibnya terbela, sebaliknya ibu mangsa meminta telefon bimbit canggih daripada pelaku sebagai syarat untuk menutup mulut.

Gadis itu kemudian nekad menceritakan kejadian berkenaan kepada ayah kandungnya kerana tidak tahan menjadi mangsa jenayah seksual dan tindakan ibunya.

Menurut laporan portal Tribunnews, pihak polis mengesahkan telah pun menerima laporan yang dibuat oleh ayah kandung mangsa.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca