Beza Usia 17 Tahun, Harris Alif Akui Sedang Bercinta Dengan Intan Ladyana

Pelakon, penyanyi dan pengacara remaja, Harris Alif, 21, mengakui mula rapat dengan aktres Intan Ladyana, 38, semenjak beberapa bulan lalu.

Menurut juara Idola Kecil musim ketiga ini, dia sudah sudah mengenali Intan sejak 9 tahun yang lalu, namun langsung tidak menyimpan apa-apa perasaan kerana menganggap Intan sebagai rakan sahaja.

“Kalau berjumpa di acara, kami bertegur sahaja. Kami rapat semenjak beberapa bulan lalu. Kami sering berhubung dan bermula dari situ, hubungan kami terjalin.

“Intan seorang wanita yang sangat cantik, pandai dan berkeyakinan. Dia mempunyai hati yang sangat baik dan itulah ciri-ciri yang membuatkan saya terpikat dengan Intan,” kata Harris.

Pada Selasa lalu, Harris atau nama sebenarnya Nor Harris Alif Nor Rashidi berkongsi foto raya bersama Intan Ladyana menerusi akaun Instagram miliknya.

“Second raya with love,” tulis Harris di ruangan kapsyen.

View this post on Instagram

2nd raya wit 🤍

A post shared by @ harrisalif on

Sementara itu, Harris tidak menganggap perbezaan usia 17 tahun antara dirinya dan Intan menjadi penghalang hubungan mereka.

“Umur bukan isu yang besar atau menjadi penghalang untuk kami. Tidak sama sekali. Tak menjadi penghalang langsung,” katanya.

Walaupun ada yang mempersoalkan jarak usia di antara kedua mereka, Harris tidak ambil kisah mengenai perkara tersebut dan tetap teguh untuk meneruskan perhubungan itu.

Malah perhubungan mereka turut direstui keluarga.

View this post on Instagram

best part

A post shared by @ harrisalif on

Untuk baca artikel lain berkenaan industri hiburan di Malaysia, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca