Beza 10 Tahun, Gong Hyo Jin Bakal Berkahwin Dengan Ahli Muzik

Usia bukan halangan untuk pelakon terkenal Korea Selatan, Gong Hyo Jin yang akhirnya bakal tamat zaman bujangnya pada umur 42 tahun bersama seorang ahli muzik, Kevin Oh yang berusia 32 tahun.

Sumber: KStarTrend

Berita gembira ini disahkan sendiri oleh agensi pengurusan Gong Hyo Jin iaitu Management SOOP dalam satu kenyataan rasmi pada Rabu.

Management SOOP menyatakan pelakon di bawah jagaan mereka iaitu Gong Hyo Jin bakal memulakan fasa baharu dalam kehidupannya bersama Kevin Oh pada bulan Oktober tahun ini.

Sumber: isplus

Menurut agensi tersebut, mereka ingin mengadakan majlis perkahwinan secara tertutup dengan hanya ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat sahaja yang akan dijemput.

Pihak pengurusan Gong Hyo Jin mengharapkan peminat faham situasi mereka yang tidak dapat mengumumkan tarikh dan lokasi majlis perkahwinan yang akan dilakukan secara terperinci.

Kevin Oh juga memberitahu mengenai perkahwinannya menerusi hantaran Instagram dengan berkongsi foto helaian muzik lagu ciptaannya dan Gong Hyo Jin penulis lirik lagu tersebut.

Pelakon dan penyanyi itu telah mengesahkan hubungan mereka pada bulan April tahun ini.

Lebih menarik lagi, Gong Hyo Jin berjaya menyambut jambangan bunga yang dibaling oleh Son Ye Jin sewaktu majlis perkahwinannya bersama Hyun Bin pada Mac lalu.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca