Betulkah Rumah Bersepah Itu Tanda Bahagia?

Semalam aku sampai di rumah dalam jam 9.00 malam. Seperti biasa aku akan hubungi isteri sebelum sampai di rumah.

“Assalamualaikum sayang, buat apa. Abang dah sampai Machap ni (mukim kluang, Johor). Ada nak beli pape tak? ” tanya aku.

Biasanya aku akan share location kepadanya supaya dia tahu di mana aku berada. Kalau tak jenuh asyik call sahaja. Mujur dalam share location tersebut tidak dinyatakan aku bersama siapa.

“Saya dah beli sate untuk abang” jawabnya. Tahu sahaja aku lapar dan memang nak sate.

Pedal minyak aku tekan. Kereta Myvi kuning yang aku pandu berderu laju untuk menuju ke Taman Renggam Jaya.

Sampai di rumah, aku parking kereta di luar. Sebab ada kawan isteri dan anaknya singgah di rumah aku. Zetty namanya. Kami memang orang perantau, rumah aku kerap menjadi persinggahan. Paling kurang isteri aku ada peneman.

Terfikir sejenak, bagus juga ada peneman sah. Tapi qada dan qadar kalau ada aku tak tolak.

Pintu pagar aku buka. Kelihatan Khaulah dan Miqdad meluru ke pintu grill rumah. Buka sahaja Khaulah peluk sebelah kaki, Miqdad sebelah kaki. Yang maknya jangan korang tanya di mana?

Itulah rindu mereka pada ‘Abi Muda’ mereka. Aku kerap outstation dengan jemputan ceramah dan seminar. Terima kasih isteriku kerana berkorban untuk aku. Aku pasti jika aku bersyukur, Allah akan tambah lagi rezeki kepadaku.

Sebagaimana surah Ibrahim ayat 7

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya aku akan tambah nikmatku kepada kamu.”

Maka para suami bersyukurlah dengan kurniaan isteri yang ada.

Aku pun masuk ke dalam rumah. Langkah awal sahaja, kaki aku terpijak lori kecil anak-anak. Aku tengok dari pintu sampai ke dapur penuh dengan mainan mereka yang bersepah.

Badan penat, rumah pula bersepah, aku tidak pernah mengeluh kerana bagi aku inilah kebahagiaan. Dan apabila kita sentiasa berfikiran positif, perasaan marah terhadap mereka terus hilang kerana bagi aku itulah tanda anak kita sihat.

Ada ketika Khaulah dan Miqdad demam serentak. Masa itu rumah kemas sahaja. Tapi suram dan sepi. Tiada gelak tawa dan keseronokan mereka. Aku stress kerana isteri risaukan mereka.

Inilah kehidupan.

Jadi, bagi mereka yang ada cahaya mata tak kira satu atau lebih bersyukurlah dengan kurniaan Allah. Mereka adalah punca kita hilang stress.

Perkongsian dengan izin penulis asal, Mohd Fadhli

Artikel Lain Untuk Di Baca