Betulkah Ganja Mampu Merangsang Saraf Otak Yang Telah Mati?


Tahukah anda bahawa ganja mampu untuk meransang saraf otak yang telah mati? Menurut penyelidikan Neurosains Universiti Putra Malaysia (UPM), mereka mendapati penggunaan ganja boleh dimanfaatkan dalam bidang berubatan, antaranya mampu meransang pembentukan saraf otak yang sudah mati.

Melalui perkongsian ketua penyelidikannya Prof Madya Dr. Mohamad Aris Mohd Moklas berkata ganja yang mengikut kadar sukatan yang betul boleh memberi kebaikan kepada pengguna dari sudut kesihatan. Namun, ia akan mendatangkan kemudaratan sekiranya diambil melebihi 2mg/kg, laporan Berita Harian.

Penyelidikan ini telah dijalankan terhadap 4 kumpulan tikus makmal pada 2 tahun lalu. Mohamad Aris yakin bahawa kajian itu dapat membantu memberikan petunjuk kepada pengguna untuk menggunakan ganja dengan lebih baik dalam merawat penyakit berkaitan sel saraf otak seperti alzheimer atau nyanyuk.

“Kajian mendapati, kanabis boleh meningkatkan neurogenesis iaitu merangsang pertumbuhan neuron pada tikus normal berdasarkan petunjuk protein di dalam otak selepas diberikan suntikan pada dos tertentu.

“Apa yang boleh disimpulkan daripada kajian itu adalah kanabis pada dos yang kecil berupaya meransang pertumbuhan neuron baharu di dalam otak,” katanya.

Katanya lagi, ganja mengandungi banyak bahan aktif terutama tetrahidrokannabinol (THC) iaitu sebatian psikoaktif digunakan dikebanyakan negara dalam bentuk tablet untuk merawat penyakit.

Jadi, ganja mempunyai kebaikan tersendiri jika kita pandai menggunakan ganja mengikut sukatan yang diberikan dengan betul.

Sumber: Malaysiakini

Artikel Lain Untuk Di Baca